Format Pentas Akhir Piala AFF 2020

Pasukan yang mara ke pentas akhir akan bermain dua perlawanan akhir iatu bermain di tempat sendiri dan tempat lawan secara timbal balik dan pemenang perlawanan akan disahkan menerusi keputusan agregat ataupun peraturan gol tempat lawan. Jika berlaku satu keputusan terikat antara pasukan berkenaan dalam masa sebenar 90 minit, masa tambahan akan digunakan dan jika masih juga terikat, penalti akan terus dimainkan bagi menentukan pemenang.